LOKASI

Melaka yang luar biasa

Selain daripada tapak-tapak warisan, bandar bersejarah Melaka memiliki banyak lagi yang menarik. Berjiranan dengan kedai kek lapis yang terkenal di Melaka dan terletak 10 minit dari A’ Famosa serta Gereja Christ, Melaka Kisah Seribu Satu Malam merupakan alternatif yang seronok untuk seluruh keluarga!

PENGEMBARAAN

Pengembaraan Sinbad: Kebangkitan Tentera Kegelapan

Semasa anda melawat Melaka, marilah menyertai Pengembaraan Sinbad: Kebangkitan Tentera Kegelapan. Menggunakan teknologi interaktif 7D yang terbaru, beraksilah bersama-sama dengan Sinbad dalam pelayarannya yang melalui tujuh lautan untuk mengalahkan ahli sihir yang kejam serta tentera rohnya.

CERITA

Permulaan cerita ini

Ditubuhkan sejak tahun 2016, Melaka Kisah Seribu Satu Malam merupakan hiburan yang menarik untuk seluruh keluarga anda. Simulasi ini memaparkan pelayaran Sinbad yang penuh dengan aksi dan misteri dengan menggabungkan teknologi 7D yang terbaru dengan cabaran-cabaran yang bertema. Pengembaraan ini menyediakan pengalaman yang luar biasa untuk seluruh keluarga sepanjang masa anda berada di Bandar Bersejarah Malaysia.

Marilah merasai pengalaman yang unik di Melaka Kisah Seribu Satu Malam!